Malaysia Cup: JDT belasah Selangor untuk ke Final

Johor Darul Ta’zim melayakkan diri ke pentas Final selepas mudah membelasah Selangor di Stadium Shah Alam dengan jaringan 3 gol tanpa balas sekaligus menang menerusi aggregate 1-5.

Safawi Rasid meledak hatrik untuk JDT selepas meledak gol pada minit 25 hasil hantaran cantik Afiq Fazail. Gol pertama JDT tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama menerusi 1-3.

Image

Bagaimanapun, banyak percubaan terhasil menerusi Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera namun berjaya dikekang pertahanan lawan.

Masuk babak kedua, Safawi menggandakan jaringan sebaik sahaja menerima hantaran kemas Cabrera pada minit 46. Selang 3 minit sekali lagi, umpanan Cabrera untuk Safawi terus meledak gol hatrik untuk menewaskan Khairul Azhan untuk kedudukan aggregate 1-5.

Meskipun tuan rumah cuba bangkit mencari gol, namun terpaksa menelan pahit kekentalan pertahanan pelawat. Keputusan tamat JDT layak ke pentas Final.

JDT dijadualkan bertemu Kedah di pentas Final pada 2 November 2019, selepas Kedah menewaskan Pahang menerusi penentuan gol tempat lawan selepas masing-masing terikat 5-5 (Agg 8-8).