Malaysia Cup: JDT kenduri gol belasah PKNP

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim nyata bersedia untuk berhadapan PKNP apabila meledak lima gol tanpa balas.

JDT yang kecewa selepas diikat PKNP di Manjung tidak menunggu lama untuk kenduri gol apabila Pertahanan JDT, Mauricio menanduk gol pertama minit ke-13.

Gonzalo Cabrera meletakkan JDT 2-0 pada minit 31 selepas rembatan Diogo berjaya ditepis sebelum kembali ke Cabrera untuk menolak masuk ke gawang lawan.

Pasukan pelawat semakin buntu untuk menyerang sebaliknya tertekan dengan serangan bertubi-tubi JDT.

Keadaan itu telah memaksa pertahanan PKNP bertindak agresif, sehingga melakukan beberapa terjahan dalam kotak penalti.

Akhirnya pengadil menghadiahkan penalti selepas Safawi dijatuhkan pada minit 35 dan kemudian disempurnakan dengan baik oleh penyerang kebangsaan itu.

Selepas meledak tiga gol tanpa balas separuh masa, babak kedua memperlihatkan JDT tetap menyerang tanpa belas kasihan.

Pasukan pelawat hanya memiliki beberapa peluang, namun berjaya ditangkis pertahanan JDT yang cukup cergas malam ini.

Sebaliknya pertahanan pelawat terpaksa bertindak diluar jangkaan apabila sekali lagi melakukan kesalahan sehingga memaksa pengadil memberikan sepakan penalti untuk JDT.

Kali ini tidak berdepan masalah untuk Diogo Santo menjaringkan gol kelima JDT pada minit 51 selepas beliau dijatuhkan.

Gol balas dendam terhasil lagi menerusi Safawi Rasid minit ke 62 hasil hantaran kemas Diogo Santo untuk menewaskan penjaga gol PKNP menjadikan kedudukan 5-0.

Kemasukkan Akhyar Rashid, Nazmi Faiz dan Syafiq Ahmad ternyata menunjukkan JDT cukup bernafsu untuk memburu gol. Mungkin 5-0 masih belum puas. Walaubagaimanapun keputusan kekal sehingga wisel penamat.