Malaysia Cup: JDT kutip satu mata di Manjung

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim hanya kutip 1mata meskipun pada satu ketika berada dalam keadaan selesa mendahului 2 gol seawal 15 minit pertama.

Gol tersebut dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera, pada minit 8 sebelum menambah 1 lagi gol pada minit 13 hasil umpanan cantik Diogo Santo.

PKNP merapatkan jurang gol menerusi sepakan penalti akibat dari terjahan S. Kunanlan dalam kotak penalti. Ia disudahkan dengan baik oleh Yashir Pinto pada minit 34.

Masuk babak kedua, JDT mula beratur serangan bertubi-tubi tetapi berjaya dihalang pertahanan lawan dan penjaga gol tuan rumah. Pertahanan JDT sedikit longlai akibat dari serangan counter attack tuan rumah.

Akhirnya kesilapan pertahanan menghukum JDT apabila Yashir Pinto berjaya mengugat ketangkasan Izham Tarmizi sebelum Giancarlo meledak gol penyamaan. Keputusan penuh PKNP 2 JDT 2.

JDT akan menerima kunjungan PKNP di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos pada 23 Ogos 2019.