Malaysia Cup: JDT mulakan aksi pertama dengan cemerlang

Johor Darul Ta’zim memulakan aksi pertama dengan cemerlang selepas menewaskan UiTM FC dengan jaringan selesa 3-1 pada aksi Piala Malaysia 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Penyerang sensasi JDT, Diogo Santo menjaringkan 2 gol dan 1 lagi melalui Safawi Rasid menerusi sepakan penalti. Gol saguhati pelawat dijaringkan oleh pemain importnya pada minit-minit akhir perlawanan.

JDT tidak berdepan masalah untuk mencipta kemenangan selepas berhadapan dengan pasukan Liga Premier 2019 selain menantikan kunjungan Petaling Jaya City FC pada Rabu bagi aksi kedua.

5,860 penyokong yang hadir pada malam tersebut pasti teruja melihat prestasi yang cemerlang ditunjukkan barisan pemain selepas berakhir kempen liga dan cuti rehat.

Walaubagaimanapun tidak pada pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang kecewa dan terkilan dengan jumlah kehadiran penonton sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk dari luar negara.