Malaysia Cup: Lima gol melayakkan Kedah ke Final

Selepas terikat 3-3 di Darul Aman, Pahang seakan punyai kelebihan untuk melangkah ke Final apatah lagi dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Namun ianya hanya anggapan apabila Kedah bangkit menyamakan kedudukan sekaligus bangkit dengan kedudukan 3-3 untuk agg 6-6.

Image

Kedah yang memerlukan sekurang-kurang 4 gol untuk layak mengambil masa 120 minit selepas berjaya meledak 5 gol meskipun dibalas dengan jumlah gol yang sama untuk keputusan aggregate 8-8.

Kedah terlebih menjaringkan gol pada minit ke-8 menerusi Rodrguez sebelum Pahang kembali menyamakan kedudukan 1-1 dari sentuhan pemain besi, Dickson Nwakaeme untuk agg 4-4.

Bauman kembali meletakkan Kedah didepan pada minit 55. Namun tidak berpanjangan, Lazarus Kaimbi meledak gol pada minit 71 dan terus berkeadaan lebih selesa pada minit 75 untuk kedudukan semasa Pahang 6-5 Kedah.

Berbaki 5 minit, Baddrol Bakhtiar meletakkan kedudukan kembali sama untuk 3-3 dengan agg 6-6 meskipun terdapat pandangan bahawa bola berada pada garisan gol tetapi pengadil mengesahkan jaringan tersebut.

Masa sebenar tamat dengan kedudukan 6-6 secara aggregate. Masuk ke masa tambahan 30 minit. 15 pertama memperlihatkan Kedah berjaya mencipta jaringan menerusi Renan Alves pada minit 93. Namun Pahang kembali menyamakan kedudukan selepas Nwakaeme dijatuhkan untuk pengadil hadiah sepakan penalti.

Herold Goulon tidak berdepan masalah untuk menjaringkan gol pada minit 112. Pada extra time kedua, Rodriguez berjaya mendahului sekali lagi pada minit 117 untuk aggregate 7-8.

Pada ngam-ngam minit 120, Nwakaeme menyamakan kedudukan 8-8 sebelum wisel ditiupkan dan akhirnya keputusan tetap memihak kepada Kedah hasil penentuan gol tempat lawan.