Pahang mengesahkan layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas menang ke atas Sabah dengan jaringan tipis 1-0 semalam. Pahang yang berada dalam kumpulan C, menang kesemua 4 perlawanan memungut 12 mata berbanding Perak di tangga kedua dengan hanya 5 mata.
Sabah pula semakin sukar untuk merebut tempat ke Suku Akhir apabila kini masih belum memiliki sebarang mata dan perlu menang baki perlawanan. Satu lagi perlawanan, Perak diikat Pulau Pinang 1-1 di Stadium Bandaraya.

Felda United rapatkan saingan kumpulan D
Melaka United terpaksa menerima tentangan hebat Felda United selepas kecundang 1-3 di laman sendiri. Melaka yang menang ke atas Felda di tempat lawan dengan jaringan sama gagal manfaat peluang untuk terus mengukuhkan kedudukan kumpulan D.

Kedudukan Melaka juga terselamat selepas Selangor dan PDRM hanya berkongsi dalam 2 perlawanan sebelum ini. Kumpulan D, terbuka kepada semua pasukan untuk layak ke Suku Akhir.