Malaysia Cup: Syafiq bantu JDT benam PJ City

Meskipun baru sahaja pulang dari tugas bersama skuad kebangsaan, ianya tidak menghalang Syafiq Ahmad untuk membantu JDT meledak jaringan.

Sorang lagi pemain JDT yang sama-sama dalam skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid juga tidak menghampakan apabila berjaya meledak 1 gol menerusi sepakan percuma cantik.

Walaupun ketinggalan di awal permainan menerusi Bae Baum yang melepasi perangkap ofsaid untuk menjaringkan gol pada minit ke-11, JDT bangkit menyamakan kedudukan menerusi Safawi Rasid pada minit ke 24.

Hantaran kemas Leandro Velazquez berjaya disudahkan dengan baik oleh Syafiq Ahmad di minit ke 36 sebelum rehat separuh masa pertama.

Pasukan tuan rumah cuba bangkit menyamakan kedudukan 2-2 menerusi penyerangnya, Washington Brandao minit ke 58 dan 3 minit berselang, prestasi dan keghairahan Syafiq Ahmad terus memuncak apabila meledak JDT kembali di depan menerusi tandukan ke gawang PJ City.

Keputusan tamat Petaling Jaya City FC 2 dan Johor Darul Ta’zim 3.