Malaysia Cup: UiTM tewas dengan skuad ke-2 JDT

Harapan UiTM untuk mengutip mata pada aksi terakhir saingan Piala Malaysia tidak kesampaian meskipun JDT dibarisi pemain-pemain skuad simpanan.

Kejutan awal diberikan pasukan tuan rumah membuahkan hasil apabila Zulkiffli Zakaria berjaya menolak masuk untuk gol pertama menewaskan Izham Tarmizi pada minit 38.

JDT yang turun bersama pemain ke-2 antaranya Syazwan Andik, Fadhli Shas, Azrif Nasrulhaq, selain Nazmi Faiz dan Syamer Kutty di bahagian tengah.

Beberapa percubaan cuba diberikan pasukan pelawat namun gagal disudahkan dengan kemas. Antaranya percubaan Gonzalo Cabrera, Akhyar Rashid, dan Syafiq Ahmad.

Sebelum berakhir tamat separuh masa, Adam Nor Azlin memberikan gol untuk JDT bagi menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk hantaran Syamer Kutty.

Kemasukan Hazwan Bakri mengubah sedikit corak permainan selain melihat sekembalinya Gary Steven Robbat untuk musim 2019.

Turut mencuri Kemasukkan pemain muda berusia 19 tahun, Ramadhan Saifullah yang membuat penampilan pertama dalam skuad utama JDT. Kehadirannya bukan saja membantu jentera serangan malah berpeluang untuk mencipta jaringan.

JDT mendahului kedudukan hasil daripada sepakan penjuru Syamer Kutty yang ditampan keluar namun berjaya dikuis Hazwan sebelum Fadhli Shas merembat kencang ke gawang tuan rumah.

Pasukan tuan rumah cuba bangkit mencari gol penyamaan namun tersekat selepas dikawal baik pertahanan JDT.

Keputusan kekal memihak kepada JDT dengan kemenangan ke 5 dari 6 perlawanan dan UiTM terus kempunan mata.