Malaysia ‘host’ AFC Champions League bagi Group G dan H

AFC Champions League trophy

AFC mengesahkan Malaysia akan menjadi tuan rumah atau gelanggang rasmi kejohanan AFC Champions League 2020 bagi kumpulan G dan H yang akan bersambung semula pada 17 Oktober hingga 1 November 2020.

Wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada dalam Kumpulan G bersama-sama Vissel Kobe, Guangzhou Evergrande, dan Suwon Samsung Bluewings, manakala Kumpulan H dibarisi Yokohama F. Marinos (JPN), Jeonbuk Hyundai Motors FC (KOR), Sydney FC (AUS) dan Shanghai SIPG FC (CHN).

Malaysia to host AFC Champions League Groups G and H 

Aksi AFC Champions League 2020 tertangguh akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda ketika ini. Berdasarkan perlawanan sebelum ini, hanya kelab dari China sahaja belum beraksi sambil lain-lain kelab telah pun melengkapkan 2 perlawanan dan berbaki 4 lagi perlawanan.

Buat masa ini, hanya Malaysia dipilih sebagai tuan rumah kumpulan G dan H bagi menghabiskan semua baki perlawanan. Antara stadium yang dalam cadangan pihak FAM berkemungkinan adalah Stadium Sultan Ibrahim (gelanggang rasmi JDT), Stadium Hang Jebat Melaka, Stadium Nasional Bukit Jalil.

AFC juga menetapkan aksi Pusingan ke-16, Suku Akhir dan Separuh Akhir juga beraksi di Malaysia tanpa ada timbal balik dan perlawanan akhir ditetapkan di Zon barat.

Bagi JDT, meskipun beraksi di gelanggang rasmi dan sebagai satu peluang yang perlu diambil, ianya bukan tugas mudah untuk mencipta kejutan seperti yang dilakukan ke atas Suwon Samsung Bluewings awal tahun lalu.