Mari kita ambil masa sejenak untuk menghitung rahmat

Sambutan Tahun Baru sentiasa menjadi waktu yang optimis, ia seperti kita meraikan berakhirnya satu tahun dan meluangkan masa untuk mengimbas 12 bulan yang lalu.

Dan sementara 2018 mempunyai cabarannya, kita juga perlu melihat kembali tahun ini dengan pengetahuan bahawa hari yang lebih cerah berada di hadapan kita – walaupun cabaran kita hebat, setiap dari kita masing-masing mempunyai resolusi dan keazaman untuk bangkit dan menghadapinya.

Saya tahu bahawa jalan menuju kehadapan kelihatan mencabar: kenaikan kos sara hidup, ekonomi yang suram, ketidakstabilan politik hanyalah antara cabaran-cabaran tersebut.
Tetapi di Johor, percayalah apabila saya katakan kita boleh mempunyai keyakinan yang kukuh tentang masa depan kita.

Keluarga Diraja Johor akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa #BangsaJohor terus maju dan tidak dibebani.

Tahun ini sahaja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menyumbangkan 60.7 hektar tanah untuk projek perumahan yang mampu dimiliki, menyediakan biasiswa kepada pelajar kurang bernasib baik dan memperbaharui komitmen untuk alam sekitar, itu antara beberapa perkara sebagai contoh.

Tunku Ismail

Dan saya akan terus bercakap apa yang berada difikiran saya, menyatakan kebenaran walaupun agak sukar diterima. Saya tidak akan sesekali merendahkan suara saya untuk keselesaan seseorang. Rakyat Johor akan sentiasa menjadi keutamaan saya.

Tugas ini tidak akan terhenti di situ. Saya percaya dengan komitmen kami, langkah-langkah yang telah kami ambil – dan akan terus mengambil – akan memastikan pertumbuhan Johor adalah mampan dan inklusif, memberi kesan kepada semua segmen masyarakat. Insya-Allah.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendesak ahli politik dari kedua-dua belah pihak untuk mengutamakan rakyat, berhenti berpolitik dan mula mentadbir. Lakukan tugas bersama-sama, bekerjasama dengan satu sama lain untuk membina masa depan yang cerah untuk semua.

Sebagai penutup bahagian ini, mari kita ambil masa sejenak untuk menghitung rahmat tidak kira betapa kecil atau besar dan kita boleh terus meraikan nilai-nilai yang menyatukan kita, Bangsa Johor di tahun 2019.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor