Media? Takpe! Boys of Straits tetap ada

Sepasukan kumpulan Boys of Straits atau BOS selamat berangkat ke Jepun bagi memberikan sokongan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan menentang Vissel Kobe pada 12 Februari ini.

Perlawanan pertama bagi saingan AFC Champions League musim 2020 menemukan JDT dengan Juara Empreror Cup 2019, Vissel Kobe selepas perebutan terakhir bersama Kashima Antlers sebelum disahkan layak.

Kumpulan sorak (macam kelakar pulak) atau Ultras (tak panggil ultras pun), Boys of Straits tetap hadir memberikan sokongan meskipun terpaksa terbang jauh ke negara Matahari terbit, Jepun ditambah lagi dengan keadaan cuaca dan suhu dibawah 8’C.

Bukan perkara ini buat mereka, tahun 2019, BOS bertandang ke Jepun juga menyaksikan perlawanan AFC Champions menentang Kashima Antlers. Waktu itu pasukan JDT tewas 1-2.

Selain Kashima Antlers, JDT pernah bertemu satu lagi kelab dari JLeague, Gamba Osaka ketika pusingan Playoff Kelayakan AFC Champions League. Selain Jepun, JDT akan bermain di Korea Selatan dan China bagi aksi penuh saingan di pentas AFC.

Image may contain: 3 people, people smiling, indoor

Meskipun tiada liputan media yang dibuat kepada pasukan mahupun rombongan penyokong, namun para penyokong tetap terbang memberikan sokongan kepada pasukan. Bagi yang tidak berkesempatan, ayuh kita berikan sokongan untuk perlawanan di Johor Bahru pada 3 Mac nanti.