Melaka United perkenal pas musim dari RM118 hingga RM1898

Persatuan Bolasepak Melaka United (Melaka United) memperkenalkan Pas-Pas Bermusim Melaka United 2020 bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan Liga Malaysia membabitkan Melaka United di Stadium Hang Jebat.

Pas bermusim dibuka dengan harga serendah RM118 untuk Bronze sehingga RM1898 untuk Crown. Harga yang diletakkan adalah bergantung kepada kemudahan-kemudahan yang diberikan.

Image
Image
Image
Image

Tawaran dibuka sehingga 31 Januari 2020 kepada semua penyokong dan peminat bolasepak Melaka United. Boleh terus hubungi no. yang tertera di iklan mereka. Sesuatu pembaharuan yang boleh diberikan pujian dan pastinya jejak yang telah digunakan oleh JDT digunapakai sebaiknya oleh pasukan lain.

Syabas dan Tahniah! Melaka United.