Menang ke atas Melaka mengesahkan kejuaraan ke-6 buat JDT

Selepas Pahang tewas 2-5 kepada Selangor malam semalam, Johor Darul Ta’zim hanya perlu menang ke atas Melaka United malam ini bagi mengesahkan kejuaraan ke-6 berturut-turut buat JDT meskipun berbaki empat perlawanan.

JDT yang kini memungut 43 mata berbanding pencabar terdekat Pahang yang hanya mengutip 30 mata, sudah tidak mampu menyaingi mata terkini yang dibezakan 13 mata. Berbaki empat perlawanan, jikalau Pahang terus unggul menang baki perlawanan, masih belum mampu untuk memintas JDT di kedudukan teratas walaupun pungutan mata sama andai JDT tewas baki empat perlawanan.

Kejuaraan ke-6 berturut-turut ini juga mengesahkan penyertaan JDT ke pentas AFC Champions League untuk musim kedua iaitu 2020 sambil menantikan pasukan yang akan beraksi di kelayakan AFC Champions League atas tiket juara Piala FA.

Jika dilihat senario perlawanan Pahang dan Selangor, Pahang dilihat memfokuskan untuk kejuaraan Piala FA dengan menurunkan skuad kedua untuk liga super malam.

Apapun keputusan adalah bergantung pada perlawanan malam ini antara JDT menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat dan pastikan senario ini akan berubah jika keputusan tidak berpihak kepada JDT. Ayuh JDT, Luaskan Kuasamu.