Mesin ‘Airpod Oxygen & Hydrogen Therapy’ lengkapkan fasiliti JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim melengkapkan fasiliti dengan pemasangan dua mesin ‘Airpod Oxygen & Hydrogen Therapy’ di Pusat Latihan Padang Seri Gelam.

Perkhabaran tersebut diumumkan oleh JDT menerusi laman sosial rasmi JOHOR Southern Tigers.

Ia sebahagian daripada peralatan untuk membantu pemain pulih selepas sesi latihan, kecederaan dan menambahkan kekuatan pemain secara fizikal selain mesin ‘Infrared Sauna Therapy’ yang baharu dipasang pada minggu lepas.

Usaha yang diambil oleh JDT untuk terus memperbaiki infrastruktur kelab adalah sejajar dengan aspirasi DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja yang sentiasa menetapkan JDT selaku penanda aras bola sepak tanah air. Luaskan Kuasamu Johor.