MFL dan Shopee teruskan penajaan untuk tahun ke-2

Shopee, antara peneraju platform e-dagang terkemuka di rantau Asia Tenggara dan Taiwan terus menghangatkan Liga Malaysia 2019 selepas bersetuju melanjutkan penajaan bersama Malaysian Football League (MFL) buat tahun kedua berturut-turut dalam satu majlis menandatangani penajaan yang berlangsung di ibu pejabat Shopee Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini.

Shopee mengumumkan penajaan bersama MFL selepas kali pertama membuat penampilan di Liga Malaysia sebagai penaja utama pertandingan Piala FA Malaysia dan rakan rasmi Liga Super 2018. Penajaan ini sekali gus mengekalkan nama Shopee Piala FA sebagai nama rasmi kejohanan untuk tahun ini.

Keputusan untuk menandatangani perjanjian penajaan buat kali kedua ini memberikan satu isyarat jelas bahawa Shopee bersedia membantu dan memberi sokongan terhadap bola sepak tempatan khususnya pembangunan akar umbi dengan membuka peluang penyertaan buat pasukan-pasukan amatur dari Liga M3 dan M4 untuk bersaing di dalam Shopee Piala FA 2019 buat julung kalinya setelah diperkenalkan sejak 29 tahun lalu.

Selain itu, Shopee juga akan terus menawarkan perkhidmatan jualan tiket perlawanan dan barangan cenderamata rasmi pasukan menerusi platform Shopee bagi menambah dan meningkatkan pendapatan pasukan sebagaimana ia telah dilakukan sejak musim lalu, dimana lebih 30,000 jumlah tiket telah terjual menerusi platform mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Encik Kevin Ramalingam, kesungguhan Shopee untuk bekerjasama dengan MFL membuktikan Liga Malaysia kini semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai pihak termasuk syarikat-syarikat swasta.

MFL berharap lebih banyak syarikat-syarikat lain dapat mengikut jejak langkah Shopee dalam usaha membangunkan bola sepak yang mana memerlukan sokongan padu daripada kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan komuniti.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata dalam ketika ucapan beliau: “Ia sentiasa berada dalam DNA Shopee untuk menyokong dan memberikan impak kepada komuniti yang mana kami hadir dalam situasi terbaik. Untuk berbuat demikian, kami telah melakukan misi peribadi kami untuk membawa peniaga atas talian Malaysia sebagaimana kami membimbing mereka dalam perjalanan mereka untuk memastikan kejayaan mereka dalam platform kami. Ia tiada sebab buat kami untuk menghadkan sokongan kepada organisasi perniagaan sahaja. Menyedari bahawa pasukan dan kelab juga akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan kami, kami proaktif untuk berkerjasama dengan MFL untuk membantu pasukan menjual tiket dan cenderamata rasmi mereka kepada lebih ramai rakyat Malaysia dimana dapat membantu menjana pendapatan pasukan. Impak daripada sokongan kami kepada pasukan ini terbukti apabila lebih 30,000 tiket telah terjual untuk pada tahun lalu.”

Pada tahun 2018, Shopee mengambil banyak inisiatif mulai dari promosi Beli 1 Percuma 1 dan diskaun untuk hampir semua tiket pertandingan yang dikelolakan oleh MFL, selain menjalankan banyak kempen pemasaran dan aktiviti, permainan dan acara-acara menarik untuk mempromosikan sukan bola sepak.

Ian juga menambah bahawa Shopee ingin melakukan perkara yang sama tahun ini, bermula dengan memasukkan MFL dalam kempen Shopee for Men yang akan berlangsung dari 21 sehingga 25 Februari ini.

“Penjualan tiket dan barangan melalui platform kami akan memberi manfaat sepenuhnya kepada pasukan. Dengan kekuatan yang kami miliki, pasukan boleh menyerahkan jualan dan pemasaran kepada para pakar sambil memberi tumpuan kepada latihan dan persiapan pasukan. Dengan ini, ditambah pula dengan penajaan dan usaha pemasaran kami untuk mempromosikan liga, kami membolehkan bola sepak dikenali oleh semua lapisan masyarakat,” kata Ian.

“Melalui platform rasmi kami di Shopee, lebih banyak peminat mempunyai akses langsung untuk perlawanan tiket dan cenderamata rasmi pasukan kegemaran mereka. Kami di MFL juga berharap lebih banyak peminat akan membeli tiket atas talian sejajar dengan peredaran era digital ini, mengikut trend penyokong di Eropah dan Amerika,” kata Kevin.