MFL perkenal logo baharu

Liga Bolasepak Malaysia (Malaysian Football League – In English) (MFL) telah memperkenalkan logo baharu bermula musim 2019. Logo yang baharu itu dimuatnaik di laman sosial rasmi MFL sebagai penanda bermula liga bolasepak profesional.

Menurut paparan video pengenalan logo yang dimuatnaik, MFL menjelaskan cebisan 3 panel dari bolasepak dengan warna biru adalah menggambarkan 3 kejohanan piala yang dianjurkan MFL iaitu Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran.

Diikuti 4 jalur berwarna merah memberi maksud 4 rangka sistem, piramid, struktur liga yang diuruskan MFL bermula Liga Super sebagai liga divisyen 1, Liga Premier sebagai liga divisyen 2, M3 – divisyen 3, dan M4 sebagai liga divisyen 4.

MFL menjelaskan 6 bucu hexagon yang berwarna biru adalah 6 kejohanan utama yang dianjurkan iaitu Pertandingan Piala Sumbangsih yang menemukan Juara Liga melawan Juara Piala Malaysia, Pertandingan Liga Super, Liga Premier, Pertandingan Piala FA, Piala Malaysia, dan Piala Cabaran.

Bulan sabit dengan bintang berbucu 14 berwarna kuning adalah merujuk kepada Jalur Gemilang sebagai tanda kejohanan Liga Malaysia. MFL turut memperkenalkan typeface yang baharu bagi memperkemaskan perkataan MFL supaya dilihat lebih berindentiti.

Dengan penampilan logo baharu ini, ianya sangat jelas memberi gambaran bahawa MFL serius untuk menjenamakan bolasepak Malaysia ke satu era yang lebih profesional, berdaya saing, dan mampu meletakkan liga Malaysia setaraf liga2 antarabangsa.

Syabas dan Tahniah dari kami untuk MFL.