MFL realisasikan Kejohanan ePiala Malaysia 2019

Malaysian Football League (MFL) menyatukan peminat bola sepak di alam maya dengan pelancaran ePiala Malaysia 2019 yang pertama.

Perkongsian eksklusif dengan Gamesbond, yang juga penganjur rasmi kejohanan esports, adalah sebahagian usaha MFL untuk menyokong esports sebagai platform sukan popular di kalangan belia Malaysia dan untuk menarik minat yang lebih kuat terhadap bola sepak tradisional.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ePiala Malaysia 2019, lapan atlet esports terpilih yang merupakan pemain utama Malaysia di FIFA Global Leaderboard dan juga mewakili negara dalam kejohanan sukan antarabangsa, telah diundi untuk mewakili lapan pasukan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2019 iaitu Johor Darul Ta’zim, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, PKNP FC, Selangor dan Terengganu FC.

Image
Kevin Ramalingam bercakap kepada media selepas Majlis Pengundian pemain. Foto MFL

Kejohanan ePiala Malaysia 2019 dimainkan pada permainan FIFA20 terbaru menggunakan platform PlayStation 4, akan diadakan bermula 26 September 2019 untuk peringkat suku akhir, diikuti oleh peringkat separuh akhir pada 17 Oktober 2019 dan perlawanan akhir pada 2 November 2019.

Atlet esports akan bermain dengan format secara timbal balik dengan lima minit untuk setiap separuh masa untuk perlawanan peringkat suku akhir dan separuh akhir, manakala perlawanan akhir akan dimainkan dengan perlawanan separuh masa enam minit.

Perlawanan terakhir ePiala Malaysia 2019 akan dimainkan sebelum perlawanan akhir sebenar di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Setiap pemain di ePiala Malaysia 2019 akan mengekalkan pasukan mereka dalam tempoh e-tournament, dengan juara ePiala Malaysia 2019 yang pertama memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.

Pemenang juga akan mendapat peluang untuk mengangkat trofi ePiala Malaysia di perlawanan akhir Piala Malaysia 2019.

“Melihat populariti esports di Asia Tenggara, dengan lebih daripada 9.5 juta peminat, kami mahu menjadikan esports sebagai platform untuk menggalakkan perpaduan melalui bola sepak. Kami juga mahu generasi baru berminat dengan bola sepak tradisional. Oleh itu, kami akan sentiasa memberikan sokongan terhadap pemain esports Malaysia,” kata Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL.

Kevin menambah, “Salah satu tonggak kami dalam pelan strategik Next50 adalah para peminat. Di MFL, kami mahu meletakkan peminat dan seluruh masyarakat Malaysia di barisan hadapan bola sepak profesional Malaysia. Esports juga merupakan cara untuk membuka aliran pendapatan baru untuk kelab-kelab melalui kerjasama dengan penaja untuk menjangkau khalayak berbeza di lapangan dan dalam bidang maya.”

Image
Lapan atlet esport yang mengambil bahagian. Foto: MFL

Lapan atlet esport yang mengambil bahagian dalam ePiala Malaysia 2019 adalah:

  1. Muhammad Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq), 22 tahun.
  2. Nur Amirul Afandi (Amtuah), 25 tahun.
  3. Muhammad Syahril Mispardi (Syahril), 33 tahun.
  4. Kathireswaran Sugumaran (Infamous9), 25 tahun.
  5. Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale), 22 tahun.
  6. Iskandar Mirza Mohd Mustafa (IsMirza), 21 tahun.
  7. Ahmad Shahrin Shaharudin (Ayen), 19 tahun.
  8. Putera Sufrie Nizam Subardron (Killer), 18 tahun.

Kejohanan ePiala Malaysia 2019 ditaja oleh BenQ selaku penaja rasmi, Thermaltake, Seagate, eGG Network dan iflix.

Perlawanan peringkat suku akhir ePiala Malaysia akan disiarkan secara langsung di laman Facebook MFL dan saluran Football Malaysia on iflix bermula jam 7.45 malam esok, 26 September.