
Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora mengetuai senarai barisan pemain JDT dalam lima kategori utama pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK2020) yang akan diadakan secara virtual pada 30 Disember ini.
Senarai 10 orang pemain JDT tersenarai dengan Farizal Marlias tercalon dalam kategori Penjaga Gol Terbaik diikuti tiga pemain pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong dan Matthew Davies yang tercalon dalam kategori Pemain Pertahanan Terbaik.
Empat pemain tengah JDT, Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera, Leandro Velazquez dan Safawi Rasid tercalon dalam kategori Pemain Tengah Terbaik. Manakala dua penyerang JDT, Diogo Luis Santo dan Ramadhan Saifullah Usman pula tercalon untuk kategori Penyerang Terbaik.
Seorang pemain dari skuad JDT II turut tersenarai bagi merebut anugerah bagi kategori Penyerang Terbaik.

Pemilihan ini adalah berdasarkan prestasi semasa dari 334 orang pemain yang telah sekurang-kurangnya 50% dalam aksi Perlawanan Liga Malaysia 2020 sebagai kriteria utama dari jumlah keseluruhan 567 orang pemain.
Keputusan pemenang bagi lima kategori utama berkenaan, akan diputuskan juri profesional terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media yang menyumbang 70 peratus kepada kiraan mata.
Baki 30 peratus kiraan mata akan diputuskan penyokong, menerusi undian di platform Elfo yang dipaparkan di semua laman media sosial rasmi MFL di Facebook, Instagram dan Twitter bermula 10 pagi esok (21 Dis), sehingga 11.59 malam 25 Dis.

Beberapa kategori dilihat tidak dipertandingkan pada ABK2020 kali ini iaitu Pemain Muda Harapan, Pemain Import Terbaik, Pemain ASEAN Terbaik, Penyokong Terbaik, Fan XI, Pemain Paling Popular, Laman Web Terbaik dan Media Sosial Terbaik.
Anugerah lain yang turut tidak tersenarai adalah Anugerah Mesra Media, Anugerah Komuniti, Anugerah Persahabatan, Pemain dan Pasukan Terbaik Liga M3, Pengadil Berpotensi dan Anugerah Fair Play.
Berikut senarai kategori dan pencalonan:-




