SEPANG: Bermula di petak 23, pelumba Negara, Hafizh Syahrin Abdullah cipta kejutan untuk menduduki tempat ke-10 sekaligus berjaya meraih mata dalam saingan pertamanya dalam kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.
Secara keseluruhan, pelumba Repsol Honda, Marc Marquez berjaya mengambil peluang untuk memenangi perlumbaan Grand Prix Malaysia selepas Valentino Rossi meskipun dikenakan enam penalti grid.

Pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins dan Monster Yamaha Tech3, Johann Zarco melengkapkan pentas podium di Litar Antarabangsa Sepang apabila masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.