Akhyar Rashid kini sah milik JDT

Pemain berusia 19tahun berbakat, Mohd Akhyar Rashid sah menjadi pemain JDT selepas satu video pendek ditayangkan di laman media sosial rasmi, JOHOR Southern Tigers.

Akhyar yang juga penyerang Kebangsaan sebelum ini menjadi free agent selepas permohonannya untuk menamatkan kontrak bersama Kedah diluluskan Jawatankuasa Status FAM dan Jawatankuasa Rayuan FAM.

Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dengan pendiriannya bahawa pemain muda itu masih miliknya dan mana-mana pasukan untuk mendapatkan perlu berunding terlebih dahulu.

JDT sebelum ini mengesahkan tidak akan membuat sebarang tawaran selagi masih ada kontrak dengan mana-mana pasukan. Ianya merujuk kepada mana-mana pemain dan bukan tertumpu kepada Akhyar.

Selepas FAM mengumumkan status Akhyar menjadi free agent, pihak pengurusan JDT telah memulakan rundingan dengan Penyerang Terbaik ABK 2018 itu.

Bagaimanapun, kontroversi masih berterusan selepas KFA bertindak untuk membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara (CAS) selepas tidak berpuashati dengan perpindahan yang disifatkan sebagai tidak mengikut undang-undang.