Pentas ACL bukanlah mudah seperti yang kita sangka

Beraksi di pentas tertinggi asia terutama dalam saingan AFC Champions League bukanlah mudah seperti yang kita sangka. Ditambah dengan kualiti yang pada setiap pasukan dan pastinya kemahiran dan prestasi individu memainkan peranan yang cukup penting.

Tahun lalu Perak beraksi pada saingan kelayakkan dengan berjaya menang pada pusingan ke-2 kelayakkan sebelum tewas pada pusingan play-off. Perak tewas kepada Ulsan Hyundai dengan jaringan 1-5 seterus gagal layak ke peringkat kumpulan.

Tahun ini, Kedah pula mengambil tempat dan mudah bagi skuad Lang Merah melepasi pusingan ke-2 menewaskan Tai Po dengan jaringan 5-1. Namun tetap gagal pada pusingan play-off selepas kecundang di tangan FC Seoul juga jaringan besar 1-4.

Lebih malang lagi, Kedah beraksi dengan 10 pemain selepas Renan Alves dibuang padang pada minit 38. Kesilapan pemain pertahanan import, Renan Alves, yang menampan bola di dalam kawasan penalti memulakan episod sedih untuk Kedah setelah memberi tentangan sengit di awal babak permainan.

Kualiti dan permainan

Ternyata kualiti dan taktikal yang ada dalam pasukan menjadi faktor utama untuk memenangi perlawanan. Selain pengalaman dan faktor mentaliti juga perlu ada pada setiap pemain dalam sesebuah pasukan.

Oleh kerana itulah, beberapa pasukan elit Asia dari China, Korea Selatan mahupun Jepun membuat rundingan menandatangai pemain-pemain yang berprofil tinggi untuk bersaing dalam kejohanan besar seperti ini.

Andrea Iniesta, Lukas Podolski, Oscar, Hulk, Fellaini, dan ramai lagi bintang eropah dan amerika mengisi slot itu. Itu sebahagian dari pelaburan kelab untuk lebih bersaing dan meningkatkan kualiti permainan dalam pasukan.

Wakil negara jiran dari Thailand yang menjadi rutin tahunan mengisi slot peringkat kumpulan bagaimanapun masih belum sampai ke tahap yang diingini sebaliknya, dianggap sebagai pelengkap jadual. Tetapi pengalaman itu membezakan dan kualiti semakin lama semakin meningkat.

Buriram United berjaya menumbangkan gergasi asia dan pernah berjaya melepasi peringkat kumpulan. Mengikut rapat Muangthong United dan Chonburi. Kini nama Chiangrai United berjaya bersaing untuk merebut tempat.

Wakil Pasukan dari Malaysia

Tahun 2020 merupakan tahun kedua buat kelab bolasepak JDT yang akan beraksi di pentas AFC Champions League. Dari sudut yang positif, JDT juga dilihat belum mampu menandingi kelab-kelab elit Asia termasuklah dari segi kualiti dan persembahan.

Namun JDT mengambil iktibar atas apa yang mereka lalui sejak mengisi slot kelayakkan bermula tahun 2015 disamping penyertaan mereka di AFC Cup. Tahun yang sama, JDT berjaya menjulang piala AFC buat kali pertama dan sejarah menjadi pasukan pertama dari Asean memenanginya.

Prestasi wakil Malaysia beraksi di saingan AFC Cup terutama JDT telah memberikan kedudukan mata dan telah meletakkan MA Ranking bagi Malaysia berada pada tangga ke-6 zon Asia Timur sekaligus memperolehi 1 slot Automatik.

Tahun pertama JDT beraksi pada musim 2019, menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya menumbangkan Juara Bertahan, Kashima Antlers selain mengikat Naib Juara K-League musim tersebut, Gyeongnam FC. Sangat berbeza untuk JDT.

Belajar dari pengalaman

Bagi pasukan Kedah, dan mana-mana pasukan seperti Perak, Selangor mahupun Terengganu yang pastinya memasang impian untuk beraksi di pentas tertinggi, sediakan kelengkapan dengan sebaik-baiknya termasuk kondisi pemain tempatan, import, pusat latihan, kondisi padang, taktikal, teknikal dan strategi.

Jadikan pengalaman ini sebagai pembelajaran untuk terus meningkatkan lagi kualiti dan berusaha untuk mengecapinya. Tahniah diucapkan atas semangat juang yang tinggi dan membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi.