Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan menerusi kementeriannya tidak boleh menanggung sepenuhnya perbelanjaan NFDP seperti dilakukan ketika ini berikutan kedudukan kewangan yang kurang baik.

“Kita perlu mencari dana tambahan untuk meneruskan program NFDP kerana program itu baik tetapi masalah dahulu ialah mereka dijanjikan dana sehingga RM20 juta setahun namun ia tidak berlaku.

“Kerajaan tidak boleh menanggung sepenuhnya kerana peruntukan besar itu akan menjejaskan sukan-sukan lain yang berada di bawah Majlis Sukan Negara (MSN). Saya juga ada berjumpa beberapa penaja berpotensi tapi mereka beritahu kalau boleh setiap sen yang dilaburkan biarlah memberi impak besar,” katanya.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN (berbdiri) berucap ketika merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar di Jalan Abdul Rahman, Muar hari ini. - UTUSAN ONLINE
SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN (berbdiri) berucap ketika merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar di Jalan Abdul Rahman, Muar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar di Jalan Abdul Rahman, di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE