Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turun beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pertama menentang Home United dari Singapura dengan menang selesa 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.
Ini merupakan perlawanan persahabatan kedua selepas Kuching FA minggu lalu yang turut menang dengan jaringan sama. JDT terlebih awal memperoleh gol pertama pada minit 3 menerusi Gonzalo Cabrera.
Kesebelasan utama JDT malam tadi. FOTO JST
Diogo Luis Santo menambah gol kedua JDT pada minit 12 untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Beberapa pertukaran dilakukan oleh Benjamin Mora di babak kedua. Kemasukkan Syafiq Ahmad dan Liridon Krasniqi membuahkan hasil apabila masing-masing menyumbang gol untuk JDT. Syafiq meletakkan JDT 3-0 pada minit 72.
Syafiq Ahmad meledak gol ketiga. FOTO JST
Liridon sekali lagi menjadi penjaring keempat pada minit 83. Perkara sama beliau melakukan jaringan gol keempat pada penampilan pertama minggu lalu menentang Kuching FA yang berkesudahan 4-0.
Perlawanan persahabatan ini juga turut disaksikan oleh Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim bersama bekas Pemain Piala Dunia Jerman, Lukas Podolski.
TMJ bersama Lukas Podolski menyaksikan perlawanan persahabatan. FOTO JST