Persahabatan: JDT tumpaskan PDRM 3-0

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Sebelum saingan Liga Malaysia 2020 kembali beraksi pada 26 Ogos ini, JDT memulakan aksi pemanas badan bertemu PDRM malam tadi menyaksikan skuad Harimau Selatan menumpaskan pelawat 3-0 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Gol-gol JDT hasil sumbangan Nazm Faiz pada minit 38 dan 2 lagi sumbangan Ramadhan Saifullah pada babak kedua minit 69 dan 89. Beberapa tonggak utama turut kelihatan antaranya Diogo Santo, Safawi Rasid, Syafiq Ahmad, Akhyar dan Liridon Krasniqi.

Tidak lupa juga kelibat Gonzalo Cabrera, Mauricio, Corbin Ong selain Penjaga gol Farizal Marlias. Berangkat hadir mencemar duli menyaksikan persahabatan, Pemilik Kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Johor.

Image may contain: 1 person, stadium and outdoor

JDT akan kembali menyambung aksi Liga Malaysia 2020 bertemu Pahang pada 26 Ogos ini di Stadium Darul Makmur selepas dihentikan pada Mac lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penyebaran wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, sekembalinya aksi liga, perlawanan tetap berlangsung tanpa kehadiran penyokong sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mencegah penularan wabak COVID-19.

Image may contain: one or more people, people playing sports, stadium and outdoor
FOTO: JOHOR Southern Tigers