Piala AFC: JDT janji beri aksi terbaik

KAMI AKAN BERMAIN SEHABIS BAIK DAN MEMBERIKAN SEPENUH KOMITMEN

Pasukan Song Lam Nghe An merupakan satu pasukan yang hebat dan mempunyai struktur organisasi yang baik. Mereka mempunyai barisan serangan yang laju, namun sekiranya kami bermain bola sepak dengan sepenuh komitmen maka saya dapat rasakan peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan tersebut.

Di dalam bola sepak tiada apa yang mustahil. Kami akan cuba memenangi perlawanan dengan jaringan yang banyak, mungkin lima jaringan. Kenapa tidak? Terdapat banyak kebarangkalian di dalam bola sepak. Namun apa yang penting adalah kami mahukan kemenangan.

Kami mempunyai banyak perlawanan namun para pemain telah melakukan persiapan sebaiknya untuk perlawanan ini. Kami mahu memberikan tumpuan kepada perlawanan bertemu pasukan Song Lam Nghe An, ia adalah perkara yang utama.

Kemungkinan kami akan melakukan pertukaran beberapa pemain kerana esok merupakan satu lagi perlawanan yang berbeza. Beberapa pemain juga perlu direhatkan. Ini kerana kami masih mempunyai satu lagi perlawanan penting Sabtu ini iaitu bertemu Kelantan untuk saingan Liga Super.

Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Leave a Reply

Your email address will not be published.