Piala FA: Keputusan undian pusingan kelayakkan

Petang tadi telah berlangsung majlis undian bagi pusingan kelayakan Piala FA Malaysia untuk saingan 2020. Sebanyak 40 pasukan amatur yang terdiri daripada 18 pasukan dari liga M3 dan 22 pasukan dari M4.

Semua pasukan akan diundi untuk menentukan siapakah lawan masing-masing dalam merebut 24 tempat ke pusingan pertama. 32 pasukan akan berentap untuk mengisi slot 16 pasukan disusuli dengan 8 pasukan yang menerima undian ‘bye’

24 pasukan yang mara ke pusingan pertama akan bertemu sesama sendiri sebelum 12 pasukan dipilih ke pusingan kedua. Pusingan kedua akan menemukan semua pasukan dari Liga Super dan Liga Premier.

Liga Super dengan 12 pasukan, 8 pasukan Liga Premier (tidak termasuk pasukan feeder) menjadikan keseluruhan 32 pasukan berentap untuk ke pusingan ke-3. 16 pasukan yang menang akan menuju ke Suku akhir.

Kesemua perlawanan pusingan kelayakkan ini akan dilangsungkan pada 15 dan 16 Februari 2020. Berikut merupakan 16 perlawanan pusingan kelayakan bagi Piala FA Malaysia 2020:

Image

Dalam pada itu, lapan pasukan yang memperoleh bye untuk ke pusingan seterusnya, mereka adalah:

Image