Piala Malaysia: Arif Aiman si peledak muda

Image

Saingan Piala Malaysia musim 2020 telah membuka tirai perlawanan dengan Kelab Bolasepak JDT bertemu Kuching FA pada jumaat. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, menyaksikan JDT berjaya mara ke suku akhir dengan keputusan 1-0.

Lebih membanggakan jaringan tunggal tersebut disumbangkan oleh pemain muda yang berusia 18 tahun, Arif Aiman. Arif menyumbat gol kemenangan hasil umpanan Diogo Santo sekaligus menyingkirkan Kuching FA yang buat pertama kali beraksi di pentas Piala Malaysia.

Image
Arif Aiman. FOTO JOHOR Southern Tigers

Jaringan tersebut meletakkan namanya selaku penjaring paling muda dalam skuad senior dalam perlawanan kompetetif. Dan jaringan pemain muda dalam saingan Piala Malaysia musim 2020.

Arif Aiman merupakan pemain muda yang dibawa masuk dari skuad JDT II oleh Ketua Jurulatih, Benjamin Mora. Arif merupakan pemain yang dilihat berpotensi untuk meningkat naik bersama rakannya Ramadhan Saifullah.

Arif mula membuat penampilan bersama skuad senior adalah pada saingan Liga Super 2020 yang masuk sebagai pemain gantian. Meskipun berbadan kecil, namun keberaniannya membuatkan peminat JDT cukup mengaguminya.

Image
Arif Aiman. FOTO JOHOR Southern Tigers

Semoga Arif Aiman terus berusaha dan persembahkan aksi terbaik serta berikan prestasi membanggakan buat pasukan.

6 lagi perlawanan saingan Piala Malaysia dimana Kedah berjaya menyingkirkan Pahang 3-2, UiTM mengetepikan Kelantan juga dengan keputusan 3-2, Perak mudah menewaskan Kelantan United 4-0 manakala Selangor dan Terengganu menang tipis keatas lawan masing-masing.

Image

Suku Akhir nanti JDT dijadual bertemu Kuala Lumpur yang terlebih awal layak berikutan Sabah tidak dapat beraksi dalam saingan kali ini. Terengganu pula menanti kunjungan Perak dan diikuti Kedah yang akan melayan kunjungan Selangor.

Juara Liga Premier pula akan bertemu UiTM FC. Kesemua pertandingan akan dilangsung kalah mati tanpa timbal balik. Begitu juga aksi Separuh Akhir dan perlawanan Akhir.