Podolski in the house! Deal?

Sepertimana yang tersebar, bekas pemain Piala Dunia Jerman, Lukas Podolski akan datang ke Johor untuk mengadakan rundingan bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi kenyataan selepas tiba di Johor Bahru dan disambut oleh Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Perkongsian menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers turut menunjukkan TMJ membawa podolski meninjau kawasan Stadium Sultan Ibrahim selain melawat pusat latihan JDT di Padang Seri Gelam.

Melihatkan kepada situasi, TMJ dan Podolski kini dalam perbincangan untuk peringkat seterusnya, namun tidak dinyatakan lanjut apakah rundingan tersebut. Sama ada hadir untuk menandatangai kontrak atau terlibat dalam projek besar JDT.

Kouta pemain import JDT kini telah dipenuhi dengan Diogo Santo, Mauricio, Leandro Velasquez, Gonzalo Cabrera mewakili Asia dan Hariss Harun bagi import ASEAN. Manakala JDT II, kemasukan Fernando Rodriguez dan Kei Hirose.

Sebelum ini, Lukas Podolski yang baru sahaja membantu kelab lamanya pada musim 2019, Vissel Kobe layak ke AFC Champions League musim 2020 setelah menewaskan Kashima Antlers di pentas akhir Piala Empreror’s Jepun.

Bagaimanapun, sejurus perlawanan berakhir, kecoh di media massa memaklumkan yang beliau telah menyatakan hasrat berminat untuk bermain bersama kelab JDT ditambah dengan visi besar JDT dalam misi 1Bilion. Perkara itu disahkan oleh Pemilik JDT sendiri apabila telah menelefon baginda dan menyatakan niatnya.

Desas desus semakin hangat apabila pemain kelahiran Jerman itu memberikan komen “see you soon” di laman sosial instagram @officialjohor.

Apapun keputusan dan persetujuan yang dibuat oleh kedua-dua pihak, pastikan akan memberikan manfaat buat semua para peminat dan penyokong JDT.