Pra-musim: Barisan kedua JDT mampu beri saingan

Meskipun tewas pada aksi terakhir siri jelajah pra musim JDT di tangan Emirates FC dengan keputusan 2-3, ternyata barisan kedua JDT mampu beri saingan sengit buat pasukan lawan.

Ianya dilihat selepas ketinggalan 3-0, anak buah Benjamin Mora mampu mengejar mencari dua gol bagi merapat jurang jaringan untuk keputusan akhir memihak tuan rumah.

Mora menurunkan hampir semua pemain simpanan tidak sepertimana biasa untuk kesebelasan utama dengan Izham Tarmizi mengemudi pintu gol dikawal dengan pertahanan Fadhli Shas dan Adam Nor Azlin. Pertahanan kanan dan kiri turut berbeza selepas Syazwan Andik mengambil tempat Corbin Ong.

Syafiq, Hazwan dan Safawi mengetuai jentera serangan dengan dibantu barisan tengah oleh Leandro, Natxo dan Syamer Kutty. Masih menggunakan formasi 4-3-3 atau 4-1-2-3 juga dengan 4-2-1-3 dengan perubahan pada Natxo dan Leandro. Syamer kekal sebagai DMF.

Emirates peroleh gol pertama pada minit 39 hasil jaringan sendiri Syazwan Andik yang tertampan bola ke gawang. Said Saleem menambah jaringan kedua sebelum wisel tamat separuh masa untuk kedudukan 2-0.

Masuk babak kedua, gol ketiga tuan rumah terhasil sekali lagi pada minit 58 menerusi jaringan Tommy Tobar untuk kedudukan semasa 3-0. Beberapa pertukaran dilakukan untuk mengenalpasti perubahan strategi dan taktikal permainan.

Akhirnya percaturan menjadi apabila Syafiq Ahmad meletakkan JDT satu gol bagi merapat jurang jaringan pada minit 66. Pemain muda juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi bersama skuad JDT sekaligus berjaya menyumbangkan gol pada minit 76 menerusi Amirul Husaini.

JDT cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun keputusan kekal sehingga tamat permainan dengan Emirates 3 JDT 2. Tamat perlawanan ini bermakna tamatlah sudah penjelajahan siri pra musim JDT di Kota Dubai selama tempoh lebih 10 hari.

JDT akan pulang kembali ke Johor Bahru sebagai persiapan terakhir sebelum terbang ke Jepun bagi menghadapi saingan AFC Champions League bertemu Vissel Kobe pada 12 Februari 2020 diikuti perlawanan kedua menantikan kunjungan Guangzhou Evergrande pada 19 Februari 2020 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin.

Untuk perlawanan pertama AFC Champions League, JDT akan menggunakan stadium di Larkin sementara menunggu kelulusan dari AFC dan selepas stadium baharu JDT sempurna dilancarkan secara rasmi yang dijangka berlangsung pada hujung Febuari 2020.

FOTO: JOHOR Southern Tigers