Pra-musim: JDT dengan skuad muda

Foto: JST.

Kelab Bolasepak JDT meneruskan pra-musim di Thailand dengan perlawanan kedua menentang Bangkok United semalam berakhir dengan keputusan seri 2-2.

JDT yang turun dengan skuad muda mempamerkan aksi cemerlang apabila mendahului 2-0 pada babak pertama. Gol pertama dijaringkan oleh Hazwan Bakri disusuli gol kedua oleh pemain import Aaron Niguez.

Babak kedua, pertukaran pemain dilakukan oleh Ketua Jurulatih, Luciano Figueroa dengan menurunkan pemain-pemain simpanan untuk beraksi. Ianya juga bagi mendapatkan match fitness dan masa perlawanan buat semua pemain.

“Kami melakukan beberapa kesilapan dan mutu pengadilan pada malam ini begitu teruk sehinggakan gol pertama pihak lawan dalam keadaan ‘offsaid’ diambil kira. Manakala gol penyamaan pihak lawan berpunca daripada kealpaan salah seorang pemain pertahanan kami.” – Kata Figueroa di laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers

JDT akan menentang PT Rayong Fcbagi aksi terakhir pra-musim di Thailand pada 23 Januari 2019 sebelum kembali ke tanahair.