Pra-musim: JDT jalan-jalan di Padang Pasir la..

Pra musim JDT musim ini memberikan sumber inspirasi bermakna buat pasukan, selepas memandu kereta mewas dan sport untuk ke pusat latihan, kali mereka di bawa ke padang pasir bagi menikmati suasana negara tersebut.

Malah bukan itu sahaja, para pemain berpeluang menaiki unta (yaleee… ana naik untaaa..) selain berseronok-ronok menggunakan papan luncur. Keseronok mereka terserlah dan pastinya ini merupakan motivasi penting buat pemain untuk mengharungai musim 2020.

JDT yang mengadakan pra musim di Dubai UAE selama 10 hari di jadualkan bertemu Skuad kebangsaan Turkmenistan pada 26 Januari ini. Dua perlawanan sebelum ini, JDT tewas 0-2 kepada Juara liga 1 Latvia, Riga FC dan menang ke atas Kelab UAE, Dubba Hujairah.

JDT akan menamatkan pra musim dengan baki 2 lagi aksi iaitu menentang MSK Zilina iaitu Juara dari Slovakia pada 29 Januari dan Emirates FC kelab dari UAE pada 30 Januari sebelum terbang balik ke Johor.

JDT akan memulakan kempen 2020 dengan perlawanan AFC Champions League menentang Vissel Kobe di Japan pada 12 Februari 2020 sebelum menerima kunjungan Guangzhou Evergrande di Stadium Larkin pada 19 Februari 2020.

Stadium Sultan Ibrahim hanya akan digunakan selepas pelancaran yang dijangka berlangsung pada penghujung Februari 2020 atau sebelum sepak mula Perlawanan Sumbangsih.