Pra-musim: JDT perkemaskan taktikal

JDT akan terus memperkemaskan taktikal bagi mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih 2019 selain memperkuatkan pasukan untuk saingan liga dan kejohanan terulung AFC Champions League.

JDT yang kini dalan siri jelajah pra-musim ke Thailand menentang 3 pasukan kelab sebagai persiapan pasukan dan penilaian para pemain baru dan lama.

Keserasian dan persefahaman juga amat dititikberatkan pasukan.

Bagi aksi pertama pra-musim Jelajah Thailand, JDT kecundangan dengan keputusan 1-2 ke atas Kelab Ratchaburi Mitr Phol FC. Kesemua gol-gol dijaringkan pada babak kedua.

Menurut Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, Luciani Figueroa, JDT menurunkan kesebelasan sama ketika menentang Home United yang kemudian digantikan skuad kedua pada babak kedua.

JDT tampak menguasai penuh perlawanan pada separuh masa pertama dengan skuad pilihan pertama.

Separuh masa kedua, JDT tampilkan kesemua pemain muda termasuk penjaga gol, Haziq Nazli, Dominic Tan, Hasbullah, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid selain Hazwan Bakri di bahagian serangan.

Apapun keputusan ini jelas penilaian taktikal dan keserasian pemain selain gabungan skuad utama dan pilihan kedua.

JDT dijadualkan akan berdepan Bangkok United pada aksi kedua pra-musim jelajah Thailand pada 20 Januari sebelum menentang PTT Rayong FC pada 23 Januari 2019.