Pra-musim: JDT selamat berangkat ke Dubai

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mempersiapkan pasukan dengan mengadakan perlawanan pra-musim di Dubai, UAE. Skuad JDT telah selamat berangkat dengan hampir semua pemain dan akan turun beraksi menentang 5 pasukan iaiu dari Latvia, Slovakia dan UAE selain menentang Skuad kebangsaan Turkmenistan.

JDT dijadualkan bertemu kelab Riga FC dari Latvia pada 20 Januari ini. Riga FC merupakan juara liga 1 2019 atau 2019 Latvian Higher League dan akan bersaing di peringkat kelayakan UEFA Champions League 2019/2020.

JDT juga akan mengadakan persahabatan menentang Kelab dari Slovakia yang kini berada pada kedudukan ke-2 liga utama Slovakia 2019–20 Slovak First Football League, MSK Zilina pada 29 Januari selain menentang skuad Kebangsaan Turkmenistan pada 26 Januari.

Baki dua perlawanan adalah bertemu dua kelab dari UAE iaitu Dibba Al-Fujairah pada 23 Januari dan Emirates FC pada 30 Januari. Kedua-dua kelab ini beraksi di saingan Liga Divisyen 1 UAE (UAE First Division League).

Berikut jadual penuh perlawanan pra-musim JDT di Dubai.

JDT akan memulakan kempen musim 2020 apabila terus terbang ke Jepun bagi menghadapi saingan AFC Champions League menentang Vissel Kobe pada 12 Februari 2020 sebelum menanti kunjungan Guangzhou Evergrande di Stadium Larkin pada 19 Februari 2020.

Bagi saingan liga domestik, JDT akan mula beraksi pada perebutan Piala Sumbangsih menentang Kedah di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Februari 2020.

FOTO: JOHOR Southern Tigers