Pra-musim: Kemenangan tambah keyakinan JDT

JDT berjaya mencipta kemenangan pertama di dalam penjelajahan pra musim di Dubai, UAE selepas menewaskan Kelab UAE, Dubba Al-Hujairah Club dengan jaringan 1-0 menerusi Diogo Santo.

Melihat kepada barisan kesebelasan utama, JDT masih mengekalkan 3 trio utama di bahagian hadapan yang diketuai Diogo, Cabrera dan MVP Safawi Rasid. Perubahan di bahagian tengah dengan kembalinya Afiq Fazail bergandingan dengan Nazmi Faiz dan Kapten Hariss Harun.

Barisan pertahanan Aidil mengambil tempatnya kembali dari Adam dan Fadhli Shas dan lain-lain kekal di posisi utama.

Diogo menjaringkan gol lebih awal pada minit ke 4 untuk mendahlui 1-0. Bagaimanapun keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan. (maaf tiada laporan penuh perlawanan).

Kemenangan ke atas Dubba Al-Hujairah Club di Stadium Dubba memperlihatkan keyakinan buat para pemain dan ditambah motivasi yang tinggi untuk kekalkan momentum.

Meskipun Dubba bersaing di dalam Liga UAE divisyen 2 selepas tersingkir musim 2018/2019, Kelab Dubba kini berada di tangga kedua liga untuk kembali ke persada liga elit negara padang pasir itu.

Jika dibandingkan, kualiti dan taraf liga utama dan liga divisyen 2 jauh lebih tinggi berbanding liga Malaysia. Ianya ditambah dengan majoriti kelab yang bertanding (bukan FA) mempunyai pemilik yang berinspirasi tinggi.

Perlawanan ketiga akan menemukan JDT dengan Skuad Kebangsaan Turkmenistan sebelum bertemu pasukan eropah dari Slovakia, MSK Zilina.