Pra-musim: Pergi training naik Super Sport Car!

Para pemain JDT cukup bertuah apabila dibenar untuk memandu sport car dari tempat penginapan ke lokasi sesi latihnan di Stadium Seven, Dubai. Deretan kereta mewah menghiasi laluan utama bandar Dubai sambil ada di antara pemain mengambil gambar memotret kenangan.

Perkongsian itu dimuatnaik di laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers. Turut sama menyertai ‘rombongan’ itu Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora dan Pengurus pasukan JDT, Luciano Figueroa.

Image may contain: sky, tree and outdoor

Tiada apa lagi yang ingin dikatakan, serba serbi kemudahan, kebajikan pemain, hospitality dan kelengkapan buat pasukan ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Malah lebih teruja lagi penghargaan setiap pemain tidak kira pemain, dan tiada istilah pemain utama dan simpanan dalam skuad JDT.

Memulakan aksi pertama menentang Riga FC, dari kelab Latvia namun tewas 0-2 di Stadium Seven. Aksi kedua JDT dijadual bertemu kelab UAE, Dubba Al-Hujairah.

Image may contain: 1 person, car and outdoor
Image may contain: one or more people and outdoor

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengadakan perlawanan pra-musim di Dubai, UAE selama 10 hari untuk turun beraksi menentang 5 pasukan iaiu dari Latvia, Slovakia dan UAE selain menentang Skuad kebangsaan Turkmenistan.

JDT akan memulakan kempen musim 2020 apabila terus terbang ke Jepun bagi menghadapi saingan AFC Champions League menentang Vissel Kobe pada 12 Februari 2020 sebelum menanti kunjungan Guangzhou Evergrande di Stadium Larkin pada 19 Februari 2020.

FOTO: JOHOR Southern Tigers