Pra-musim: Segalanya berjalan lancar

Image may contain: 1 person, text

“Segala perancangan kami berjalan dengan lancar dan baik. Ia sama sepertimana perlawanan-perlawanan sebelum ini dimana kami melakukan pertukaran-pertukaran pemain dalam skuad dan memberi Mauricio peluang bermain dalam separuh masa disebabkan beliau belum pulih seratus peratus dari kecederaan.”

Itu antara komen Ketua Jurulatih dan juga pengurus pasukan, Luciano Figueroa selepas skuad bimbingannya berjaya menewaskan PTT Rayong FC 3-1 semalam pada aksi ketiga jelajah pra musim di Thailand.

Aaron Niguez baru pulih kecederaan

Meskipun Aaron Niguez baru pulih dari kecederaan pada aksi lepas namun beliau tetap diturunkan walaupun belum seratus peratus pulih berbanding Natxo Insa yang juga mengalami kecederaan tetapi tidak diturunkan.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor
Foto: JOHOR Southern Tigers

“Kami tidak mahu terlalu memaksa pemain memberikan seratus peratus di atas padang kerana kami mempunyai kurang dua minggu sahaja lagi untuk mempersiapkan pasukan ini bagi perlawanan pertama liga iaitu Piala Sumbangsih menentang juara Piala Malaysia, pasukan Perak.

“Kami perlu memastikan tiada pemain mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mengambil risiko pemain mengalami lebih banyak kecederaan sebelum liga bermula. Buat masa ini saya gembira dengan komitmen yang saya lihat dari para pemain.” Katanya menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

JDT menang 3-1 tewaskan PTT Rayong

JDT ketinggalan 1 gol pada babak berjaya bangkit dengan ledakan Gonzalo Cabrera pada minit 47 untuk menyamakan kedudukan 1-1 sebelum Safawi Rashid meletakkan JDT pada 10 minit kemudian untuk mendahului 2-1.

Image may contain: text

Syafiq Ahmad tidak melepaskan peluang terhidang untuk melepaskan gol ke gawang PTT Rayong untuk kedudukan 3-1 dan keputusan tersebut tamat sehingga wisel ditiupkan pengadil.

JDT menamatkan jelajah pra musim di Thailand dengan rekod yang baik meskipun tewas 1-2 pada perlawanan pertama ketika bertemu Ratchaburi Matrpol FC, kemudian mengikat Bangkok United 2-2 dengan skuad pemain muda.

JDT akan memulakan aksi sepak mula pertama Liga Super dengan melawan Juara Piala Malaysia 2018, Perak bagi merebut Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 2 Februari 2019 ini.