Preview Match – FA Cup 2019: Johor Darul Ta’zim vs PKNS FC

Perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PKNS FC dalam saingan Piala FA bukanlah asing kerana masing-masing pernah bertemu di pentas Akhir Piala FA 2016 yang berkesudahan, JDT menang 2-1.

Namun pertembungan malam ini berbeza dengan menyaksikan JDT yang menghadapi jadual padat sepanjang bulan April ini membabitkan 7 perlawanan domestik dan antarabangsa.

Walaubagaimanapun kegusaran berjaya dihapuskan dengan semangat pemain untuk terus mempamerkan aksi terbaik disamping penggiliran pemain dan rata-rata pemain sentiasa bersedia sebarang kemungkinan.

Minggu lepas, JDT hanya menang 1-0 mengatasi PJ City di laman lawan sebaik sahaja pulang dari Jinan, China pada aksi AFC Champions League. Ketika itu, JDT tewas 1-2 di tangan kelab China, Shandong Luneng.

Syafiq Ahmad penjaring tunggal aksi ke-9, JDT menang 1-0 ke atas PJ City. Foto JOHOR Southern Tigers

Untuk minggu ini sahaja, JDT akan bertemu sekali lagi dengan PKNS pada sabtu nanti untuk aksi Liga Super disamping JDT sekali lagi bermain di gelanggang sendiri pada minggu hadapan menentang Shandong Luneng.

Bagi PKNS FC pula, kekalahan kepada Pahang bukanlah kekalahan yang mengecewakan, sebaliknya para pemain telah memberikan aksi terbaik. Jika dilihat, pertembungan antara Selangor vs PKNS menunjukkan pasukan semut merah ini mampu beri kejutan disamping berjaya mengikat Perak di Ipoh.

Apa yang pasti perlawanan malam ini akan memberi isyarat pasukan yang akan ke Suku Akhir bagi musim 2019. Selamat berjuang buat JDT. Luaskan Kuasamu.