Pulau Pinang kekal dalam saingan Liga Premier musim 2019

Terdapat kekeliruan dalam sebuah laporan mengatakan pasukan Pulau Pinang yang bermain dalam 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 tersingkir ke Liga FAM pada musim hadapan.

Pihak Malaysian Football League (MFL) ingin mengesahkan bahawa Pulau Pinang masih kekal bersaing dalam Liga Premier Malaysia bagi musim hadapan. Kekeliruan ini mungkin timbul berikutan kedudukan Pulau Pinang di tangga kedua tercorot liga selepas tamatnya liga musim ini pada Jumaat. Ingin dimaklumkan bahawa hanya satu pasukan diturunkan musim ini iaitu Terengganu FC II berikutan penyingkiran Kuantan FA musim ini.