Pusat Latihan JDT akan guna rumput jenis ‘Zeon Zoysia’

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyediakan satu padang latihan baharu menggunakan jenis rumput yang sama seperti di stadium baharu nanti iaitu rumput jenis ‘Zeon Zoysia’.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan di laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers semalam dengan menyatakan keputusan sama juga turut menyediakan satu lagi padang latihan yang masih menggunakan rumput jenis ‘Cow Grass’.

Rumput jenis itu adalah sama dengan stadium-stadium di negeri lain sementara satu lagi padang latihan yang masih digunakan iaitu ‘Artificial Turf’ di padang tertutup.

Ini semua merupakan sebahagian falsafah dan polisi kelab yang telah ditetapkan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor iaitu memberikan lebih perhatian dan teliti dalam semua aspek. Luaskan Kuasamu Johor.