Pusat Latihan Real Madrid jadi inspirasi Fasiliti Moden JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadikan Pusat Latihan Real Madrid sebagai sumber dan inspirasi untuk pembangunan moden Pusat latihan JDT tidak lama lagi. Pusat latihan tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan hidroterapi, adaptasi perubahan iklim, gimnasium dan fasiliti-fasiliti latihan yang lain.

Projek tersebut adalah merupakan projek terbaharu JDT yang diumumkan sendiri pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di laman sosial peribadinya. Turut dimuatnaik status sama di laman rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers.

Dalam kenyataan itu juga, semua pasukan JDT akan berada di satu lokasi, dari skuad akademi sehinggalah ke skuad senior. Ini merupakan satu lagi pembaharuan yang akan dibawa oleh JDT dalam memperhebatkan projek bolasepak Johor khususnya dan pembangunan sukan negeri.

Related image

Related image

Image result for real madrid training center