Rafael Gil Sanchez diumum sebagai Jurulatih baharu JDT II

Pengarah Teknikal JDT, Allistair Edwards hari ini mengumumkan perlantikan Rafael Gil Sanchez sebagai ketua jurulatih pasukan pembangunan mereka.

Makluman itu dikongsikan menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers hari ini.

JDTI menerima ketua jurulatih mereka yang baharu selepas Ervin Boban meninggalkan pasukan itu selepas membantu menjuarai Piala Cabaran musim 2019.

TMJ sebelum ini memberitahu bahawa JDT II akan melepaskan 16 pemain dan membuka ruang kepada skuad pembangunan untuk dinaikkan pangkat ke skuad feeder club.

Image result for rafael gil sanchez
Bekas Pengarah Akademi & Pencari Bakat Malaga CF, Rafael Gil Sanchez. Foto: Malaga CF

Allistair dalam kenyataannya berkata: “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani bekas Pengarah Akademi & Pencari Bakat Malaga CF, Rafael Gil Sanchez sebagai ketua jurulatih JDT II yang baharu.

“Beliau telah memikul pelbagai tugas di Sepanyol seperti ketua jurulatih Akademi Malaga dan Bawah-23. Beliau juga telah berkhidmat sebagai pencari bakat RCD Espanyol di England dan penolong jurulatih untuk skuad kebangsaan Arab Saudi.”

“Antara tugas utama Rafael adalah membantu perkembangan pemain muda dalam pasukan dan bermain gaya yang sama dengan skuad senior, sekali gus membolehkan kelancaran peralihan ke skuad senior.”

“JDT II akan menyaksikan kemasukan lebih ramai pemain muda pada tahun 2020 berikutan keputusan kelab untuk melepaskan beberapa pemain dan mempromosikan pemain dari Akademi.”