Safawi Rasid kembali ke JDT musim 2021

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengesahkan bahawa pemain sayap negara, Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan Juara Liga Super 2020 bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

TMJ mengumumkan perkara tersebut dalam satu temu bual eksklusif dalam rancangan Bola@Mamak di Astro Arena malam tadi yang disiarkan secara langsung.

Safawi yang menyertai Portimonense SC pada oktober lalu secara pinjaman semusim akan kembali menguatkan jentera serangan JDT. Safawi yang kini masih belum diberi peluang beraksi bersama skuad utama ternyata menunjukkan saingan di liga utama Portugal cukup sengit.

Image
FOTO: Twitter @apizwahid

Setakat ini, Safawi hanya beraksi bersama skuad B-23 tahun dalam saingan Primeira Liga Portugal B-23, dimana beliau memperoleh minit bermain sebanyak 53 minit. Safawi disenaraikan dalam skuad perlawanan dalam beberapa perlawanan namun hanya sekadar memanaskan bangku simpanan.

Untuk rekod, Safawi yang merupakan pemain paling bernilai musim 2019 beraksi cemerlang membantu JDT menjuarai Liga Super untuk musim ke-7 berturut-turut. Beliau juga turut membantu JDT menjulang Piala Malaysia 2019 selain prestasi cemerlang bersama skuad kebangsaan.

FOTO: JOHOR Southern Tigers

Meskipun masih belum mendapat minit permainan bersama Kelab Portugal, sepanjang 3 bulan bersama skuad di eropah selain pembelajaran sesi latihan pastinya menambahkan keyakinan dalam beraksi di pentas yang lebih tinggi.