Safiq Rahim akhirnya ke Melaka United

Bekas Ketua Pasukan JDT dan skuad Kebangsaan, Safiq Rahim akhirnya mengesahkan menyertai Melaka United untuk musim 2019 setelah lebih 6 tahun bersama pasukan JDT.

Pengumuman itu dibuat oleh Persatuan Bolasepak Melaka United hari ini sekaligus menutup spekulasi berhijrah ke Liga Thailand. Safiq ditemui bersama Presiden MUSA yang juga Ketua Menteri Melaka, YAB Adli Zahari bagi menandatangani kontrak selama satu tahun.

Image may contain: 1 person

Antara yang turut menyertai Safiq, Razman Roslan dari Selangor, Shukor Adan dari Felda United dan Nazrin Nawi dari Perak. Kami dari penyokong bolasepak JDT mengucapkan syabas dan selamat maju jaya buat Safiq Rahim dan pastinya kenangan dan sejarah tetap tidak dilupakan buat Pemain Paling Bernilai Piala AFC 2015.

Editor