Sambutan besar-besaran unik lain daripada yang lain

Image may contain: text

SAMBUTAN BESAR-BESARAN YANG UNIK DAN LAIN DARIPADA YANG LAIN SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JDT

Kita dapat menyaksikan selama ini sambutan kejuaraan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan diadakan secara besar-besaran seiring dengan reputasi kelab. Sambutan kejuaraan JDT juga dapat dilihat lain daripada yang lain jika dibandingkan dengan pasukan lain dalam negara.

Oleh itu, anda semua bakal menyaksikan keunikan dan kelainan dari tahun-tahun sebelum ini pada sambutan kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali kelima berturut-turut JDT pada Jumaat ini, 20hb Julai 2018 di Dataran Bandara Johor Bahru.

Antara kelainan dan kemeriahan yang akan diadakan pada sambutan kejuaraan tahun ini :

1. Susun atur, rekabentuk dan pencahayaan pada pentas utama yang berbeza akan ditampilkan untuk para penyokong merasai kelainan pada malam tersebut.
2. Kami juga akan menyajikan pertunjukan ‘laser’ yang berwarna-warni di pentas utama.
3. Pertunjukan bunga api berirama yang terbesar untuk meraikan kejuaraan bersejarah ini.
4. Mini karnival yang akan bermula seawal jam 2.00 petang hingga lewat malam di mana kami mempunyai persembahan artis dan kebudayaan Bangsa Johor
5. Gerai-gerai promosi barangan rasmi JDT dan ‘foodtrucks’.
6. Cabutan bertuah buat pengunjung di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
7. Beramah mesra dan bermain futsal bersama pemain JDT.

Pastinya kemeriahan besar-besaran dan kelainan yang ditampilkan pada malam tersebut meletakkan JDT berada di kelasnya tersendiri dari segala aspek luar dan didalam padang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.