Selamat Datang! Diogo Luis Santo disambut TMJ

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hari ini memperkenalkan pemain import baharu, Diogo Luis Santo kepada umum.

Baginda yang menyambut ketibaan penjaring terbanyak Thai League 2018 di Hotel Thistle Johor Bahru turut membawa ke Pusat Latihan di Padang Seri Gelam.

Kenyataan itu dikongsikan oleh laman Sosial JDT, JOHOR Southern Tigers. Hadir sama, JDT Sporting Director, Martin Prest.

JDT dilihat serius dalam mencari pemain yang berkualiti selain bakal menjadikan sejarah baharu bagi musim 2019 apabila buat pertama kali dan satu-satunya pasukan beraksi di Kejohanan Liga Juara-Juara AFC.

Sumber & Foto: JOHOR Southern Tigers