Selangor level dia lebih tinggi berbanding JDT

“Dia punya level lebih tinggi daripada saya, jadi saya ambil level-level yang sama dengan saya.” Demikian jawapan Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor apabila ditanya kenapa pasukan Selangor tiada senarai pasukan yang akan menjadi pencabar utama JDT musim 2021.

Pengacara rancangan Bola@Mamak, Hafizal Hamad bertanya soalan mengenai 3 pasukan yang bakal memberi saingan sengit buat JDT musim hadapan di mana Tunku Ismail memilih Kedah, Terengganu dan Pahang.

Lanjutan dari 3 senarai tersebut, Hafizal bertanya balas mengapa Pasukan Selangor tiada dalam senarai meskipun secara umum Selangor telah membawa beberapa nama besar dalam skuad untuk musim akan datang.

TMJ yang berseloroh menyatakan JDT hanyalah sebuah kelab baharu jikalau nak di bandingkan dengan kelab yang lama berusia. Bagaimanapun dalam nada yang lain, Tunku Ismail menjelaskan pemilihan tersebut adalah atas penilaian mengenai prestasi semasa pasukan.

Kedah yang berada ditangga kedua liga memberi saingan cukup sengit dengan barisan pemain yang mantap walaupun pengurusan Kedah FA sedikit bercelaru dengan pertukaran kerajaan dan kepimpinan.

Terengganu FC pula dengan susunan strategiknya, konsisten dan TMJ juga menyatakan JDT berhempas pulas sebelum menang ke atas Terengganu musim 2020 dengan jaringan 1-0. Juga memilih Jurulatih yang smart dan berkaliber.

Manakala Pahang dilihat sebagai rival berterusan buat JDT. Disifatkan berada tahap 50:50 dimana ada kala JDT menang dan ada kala Pahang menang, dan keseimbangan perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan.

Dalam pertanyaan lain, TMJ turut menjelaskan prestasi pasukan Perak yang cukup konsisten. Jurulatih Mehmet juga memainkan peranan cukup penting buat Perak tetapi akibat perubahan kerajaan dan pertukaran kepimpinan sedikit sebanyak menjejaskan perubahan tersebut.