Semuanya adalah mengenai ‘Winning Mentality’

Dalam laman twitter DYAM Tunku Mahkota Johor, Baginda mengatakan semuanya adalah adalah mengenai ‘Winning Mentality’. Baginda juga turut ‘push’ para pemain ‘to the limit’. Lama-kelamaan ia menjadi satu ketagihan.

Pastinya ia ditujukan kepada para pemainnya yang bersama JDT selain pemain-pemain yang pernah bersamanya.

“Mereka bukan sahaja melakukannya untuk kelab, mereka turut membawa mentaliti tersebut apabila bermain untuk negara. Saya bangga dengan kamu semua serta seluruh pasukan. Syabas.” coret baginda.

Tunku Ismail antara ‘orang belakang’ yang sentiasa bersama skuad kebangsaan sebelum kejohanan Piala AFF berlangsung. Semestinya kredit harus diberikan buat baginda. Terima Kasih.