Stadium Sultan Ibrahim siap sepenuhnya hujung Januari 2020

Makluman yang dapat disahihkan bahawa, Stadium baharu JDT sah siap sepenuhnya sebelum 30 Januari 2020 dan boleh digunakan secara rasmi sebagai gelanggang rasmi pasukan Juara Liga Super untuk 6 musim berturut-turut.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kehormat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Kapten Mohd Anizam Bin Jamian menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

“Rumput Zeon Zoysia di stadium kini berada dalam keadaan yang terbaik dan kami dalam peringkat akhir menjadi sebuah stadium yang hebat.” – Katanya

JDT akan memulakan kempen musim 2020 di laman sendiri di pentas AFC Champions League pada 19 Februari 2020 selepas mereka bertandang ke tempat lawan aksi pertama pada 12 Februari 2020.

Bagi saingan domestik, Malaysian Football League (MFL) mengesahkan Liga Malaysia akan bermula pada 28 Februari 2020 dan berakhir pada Julai bagi saingan Liga Super dan Premier termasuk Piala FA. Disusuli saingan Piala Malaysia.

Sebab utama liga bermula adalah atas faktor prosedur rapi serta proses Economic Control Programme (ECP) yang mulai diimplementasi pada musim hadapan. Bagi melaksanakan ECP, MFL telah mengadakan taklimat pertama kepada kesemua pasukan bertanding mengenai proses serta prosedur ECP di Hotel Tenera, Bangi pada 18 November lalu.

Related image
Pemandangan dari udara ketika pembinaan.