Super Copa: Kejuaraan milik Real Madrid

Piala Super Sepanyol menjadi milik Real Madrid selepas pertemuan seterusnya Atletico Madrid berakhir dengan kemenangan meskipun melalui penentuan sepakan penalti.

Aksi perlawanan Akhir di Arab Saudi berakhir dengan 0-0 selepas 120 minit permainan. Itu merupakan aksi edisi pertama perlawanan akhir dilangsungkan di luar Sepanyol.

Melihatkan kepada aksi sebenarnya, kedua-dua pasukan mempamerkan serangan bertali arus ke kubu masing-masing, namun kecekapan Oblak dan Courtois yang cemerlang sepanjang 90 minit masa permainan ditambah 30 minit masa tambahan membawa sehingga ke penentuan penalti.

Peluang Atletico untuk menjaringkan gol pada minit 115 dicacatkan selepas pemain tengah Real Madrid, Federico Valverde bertindak melakukan terjahan kepada Alvaro Morata sehingga memaksa pengadil melayangkan kad merah akibat dua kad kuning yang diterima.

Bermain 10 pemain dalam tempoh 5 minit ditambah dengan pemain yang keletihan, penentuan penalti telah memihak kepada Real Madrid.

Dua sepakan pertama Atletico menerusi Saul Niguez dan Thomas Partey yang gagal disudahkan jaringan telah memberi peluang buat Real Madrid yang tenang menyudahkan semua sepakan untuk menjulang kejuaraan dengan keputusan penalti 4-1.

Kejayaan itu juga mengekalkan rekod kemenangan 100% Zidane di pentas perlawanan akhir di mana beliau telah menang semua sembilan perlawanan setiap kali mara ke peringkat akhir selaku pengurus Real.

Piala Super Sepanyol secara tradisinya menemukan pemenang La Liga dan juara Copa Del Rey sebelum formatnya diubah kepada empat pasukan dan pertandingan diadakan di Arab Saudi menerusi perjanjian selama tiga tahun yang dilaporkan bernilai €120 juta.

Image