Tan Cheng Hoe panggil Aidil Zafuan, Hadin digugurkan

Tan Cheng Hoe mengekalkan 23 pemain dari skuad 24 pemain bagi dua perlawanan awal Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Jakarta pada 5 September 2019 (menang 3-2) dan UAE di Bukit Jalil pada 10 September 2019 (kalah 2-1) dengan hanya seorang pemain yang digugurkan iaitu Hadin Azman (Felda United).

Bagi melengkapkan senarai 25 pemain kali ini, Cheng Hoe telah memanggil dua pemain baharu iaitu pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) dan pemain tengah, Abdul Halim Saari (Selangor).

Sementara itu, tujuh pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika ada mana-mana dalam kalangan 25 pemain di atas disahkan mengalami kecederaan iaitu Hadin, Syazwan Andik Ishak (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Jafri Firdaus Chew (PKNS FC), Amirul Azhan Aznan (Perak) serta Azzizan Nordin dan Rawilson Batuil (Sabah).

Berikut senarai nama 25 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 30 September 2019.

Image
Bil Nama Umur Posisi Pasukan
1. Mohd Farizal Marlias 33 Penjaga Gol Johor Darul Ta’zim
2. Adam Nor Azlin 23 Pertahanan Johor Darul Ta’zim
3. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak 33 Pertahanan Johor Darul Ta’zim
4. La’vere Corbin-Ong 28 Pertahanan Johor Darul Ta’zim
5. Mohamed Syamer Kutty Abba 22 Tengah Johor Darul Ta’zim
6. Muhammad Safawi Rasid 22 Sayap Johor Darul Ta’zim
7. Muhammad Akhyar Abdul Rashid 20 Sayap Johor Darul Ta’zim
8. Muhammad Syafiq Ahmad 24 Penyerang Johor Darul Ta’zim
9. Shahrul Mohd Saad 26 Pertahanan Perak
10. Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi 25 Penyerang Perak
11. Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy 26 Penjaga Gol Perak
12. Nazirul Naim Che Hashim 26 Pertahanan Perak
13. Brendan Gan 31 Tengah Perak
14. J. Partiban 27 Sayap Perak
15. Matthew Davies 24 Pertahanan Pahang
16. Mohamadou Sumareh 25 Sayap Pahang
17. Muhamad Nor Azam Abdul Azih 24 Tengah Pahang
18. Norshahrul Idlan Talaha 33 Penyerang Pahang
19. Muhammad Danial Amier Norhisham 22 Tengah Felda United
20. Muhammad Syahmi Safari 21 Pertahanan Selangor
21. Abdul Halim Saari 25 Tengah Selangor
22. Muhammad Akram Mahinan 26 Tengah PKNS FC
23. Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim 23 Penjaga Gol Kedah
24. Muhammad Irfan Zakaria 24 Pertahanan Kuala Lumpur
25. Dominic Tan Jun Jin 22 Pertahanan Police Tero FC

Ia bagi persiapan menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 5 Oktober 2019 (Sabtu) dan seterusnya aksi ketiga Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober 2019 (Khamis) dan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 15 Oktober 2019 (Selasa).